Tuesday, April 19, 2011

Dinar Iraq : Istilah Istilah Yang Perlu Anda Faham.


Dibawah ini beberapa istilah tertentu, yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetangah pihak kerana ketidakfahaman mereka. Di bawah ini ada penerangan salah seorang Ahli Group Dinar Iraq Terkini di Facebook. Moga mendapat manfaat bersama.

Ada 5 istilah yang sering kedengaran sekarang sebagai kebarangkalian yang bakal terjadi dalam currency IQD :

1) Lop/Cutting off
- Melibatkan pembuangan 'zero' yg banyak dari matawang.Cuma terjadi pada negara yang mengalami inflasi yang sangat teruk seperti di Zimbabwe suatu ketika dulu dimana rakyat mereka terpaksa membawa trilion wang semata2 untu membeli sebuku roti.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) akan dibuang 3 kosong menjadi IQD25. Dan IQD25 ini tetap bernilai sama seperti IQD25 mengikut currency ketika itu.Maka IQD25 = USD0.02

2) Re-denomination (RD)
- Melibatkan negara yang mempunyai supply matawang besar yang berlebihan didalam dan luar negara.Jadi,mereka terpaksa mengecilkan matawang mereka untuk mengurangkan penghasilan wang baru.Apa yang berbeza adalah nilai matawang tersebut selepas dikecilkan adalah sama seperti sebelum dikecilkan.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) akan dibuang 3 kosong menjadi IQD25. Dan IQD25 ini tetap bernilai sama seperti IQD25k mengikut currency ketika itu.Maka IQD25 = USD21.25

3) Re-valuation (Gradual growth RV)
- Melibatkan negara yang mempunyai matawang yang sangat rendah,tetapi mempunya ekonomi yang sedang membangun,sumber bumi yang banyak,kerajaan yang membangun,tetapi memerlukan masa untuk benar2 stabil.Jadi,ini adalah langkah yang paling selamat dalam memastikan penukaran matawang tidak membawa kesan buruk dalam kadar inflasi dan ekonomi negara.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) ini akan dinilai semula mengikut perbandingan matawang negara lain dan akan diberi currency yang baru.Dan akan meningkat secara berperingkat2.Mungkin 1IQD = USD0.001...diikuti 1IQD = USD0.01...dan diikuti 1IQD = USD0.10..memakan masa yang lama untuk memberi kebaikan kepada investor.

4) Revaluation (Instant RV)
- Melibatkan negara yang mempunyai matawang yang sangat rendah,tetapi mempunya ekonomi yang sedang membangun,sumber bumi yang banyak,kerajaan yang membangun,dan menunjukkan pembangunan dalam kestabilan negara dengan pantas.

- Contoh IQD1 = USD0.00085 :
IQD25k (USD21.25) ini akan dinilai semula mengikut perbandingan matawang negara lain dan akan diberi currency yang baru.Dan peningkatan currency berlaku secara aggresif.1IQD = USD1 ataupun 1IQD = USD3.5.

5) Re-denomination (RD) and Re-valuation (RV)
- Seperti yang diterangkan diatas.Cuma selepas sesuatu matawang dibuang 'kosong',akan diberi currency baru yang lebih tinggi dari sebelumnya.
- IQD25k (USD21.25) akan dibuang 3 kosong menjadi IQD25. Dan IQD25 ini akan diberi currency baru yang lebih tinggi mengikut perbandingan matawang negara lain.Sama ada secara agresif ataupun secara berperingkat2.(Instant or Gradual Growth).

Terdapat banyak rumor yang keluar mengenai perbincangan RV dan RD. Dan memang majoritinya banyak yang memilih option ke 4 dan 5 sebagai possibility yang akan berlaku. Kita dapat melihat sekarang Iraq cuba meningkatkan pertahanan negara mereka dan memajukan sektor ekonomi dengan meningkatkan pengeluaran minyak secara drastik. Jadi,tidak mustahil untuk IQD mencapai semula kuasa belian 1IQD = USD1.17(minimum) seperti yang diura2kan.

Sumber : TheIraqiDinar

p/s : Maaf jika info yang saya beri salah.Bergantung pada pemahaman saya dan sekadar memberi kemudahan kepada yang lebih berminat mambaca info dalam bahasa Malaysia.

Author : Abe Kun.

No comments:

Post a Comment